SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH BATU PAHAT

SMA ATTARBIAH AL ISLAMIAH BATU PAHAT

Saturday, July 31, 2010

SMART SOLAT



BINA RUMAH DARI SURAT KHABAR - RASIONAL SETIAP RUMAH PERLU ADA TIANG - SOLAT ITU TIANG AGAMA

SMART SOLAT



WUDUK

bulan penghayatan Islam

Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menganjurkan bulan penghayatan Islam sepanjang Bulan Syaaban. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
- Kem SMART SOLAT
- Solat Dhuha dan Solat Zohor Berjemaah
- Berpuasa sunat Isnin Khamis
- Bacaan Al Ma'thurat setiap kali perhimpunan pagi
- Kursus Azan
- Kursus pengurusan Jenazah
- Kursus memanah
- Pertandingan Menulis Esei
- Kuiz
- Ceramah Nisfu Syaaban
- tazkirah dari guru - guru pada setiap Jumaat pagi

Antara Aktiviti yang akan dijalankan :
- Kursus Penyembelihan Haiwan
- Solat hajat, Tahlil
- Pertandingan pidato
- Pertandingan Melukis Poster

Secara keseluruhannya, didapati pelajar memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini. Diharap semua aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua dan dapat diteruskan pada bulan - bulan yang berikutnya.

Monday, May 17, 2010

sambutan hari guru 2010

Alhamdulillah.. Sambutan Hari Guru untuk tahun ini telah berlangsung dengan baik sekali. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan solat Dhuha di dataran, seterusnya acara dewan dan kemudiannya acara padang. Tahniah diucapkan kepada barisan Pengawas, Pustakawan dan Kelab & Persatuan yang telah bertungkus lumus menjayakan program tahun ini. Rata-rata semua guru berpuas hati.. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi....

Thursday, May 6, 2010

MID YEAR EXAM 11 MAY - 4 JUNE

Peperiksaan Setengah Tahun akan diadakan sedikit masa lagi. Mudah2an semua pelajar telah menyiapkan diri dengan segala persiapan dan persediaan yang sepatutnya. Semoga berjaya dengan cemerlangnya!

Friday, April 2, 2010

SABIL AL QIYADAH 2010


SABIL AL QIYADAH 2010


berkampung 3 hari 2 malam

SABIL AL QIYADAH 2010



PENYERAHAN BARANG AMANAH - REMPAH RATUS

PROGRAM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PELAJAR - SABIL AL QIYADAH

Alhamdulillah... program Sabil Al Qiyadah telah berakhir dengan jayanya pada 28 Mac yang lalu. Tahniah kepada semua peserta kerana nampaknya semua bersungguh - sungguh dalam program kali ini. Setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada guru - guru yang sudi meluangkan masa, tenaga, buah fikiran bagi memastikan objektif program terlaksana. Moga akan ada ganjarannya di sisi Allah..

Friday, March 5, 2010

MORE PIC ON MAULID 2010


WACANA ILMU MALAM AHAD

SATU MAJLIS WACANA ILMU AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT :
TARIKH : 6 MAC 2010 (SABTU)
MASA : 7.15 - 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN SMATBP

WACANA ILMU INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ KHAIRUDDIN ATTAHRIRI YANG SELALU MENYAMPAIKAN CERAMAH BELIAU DIRADIO IKIM SETIAP SELASA. PELAJAR AKAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH SEBELUM ITU.. DIJEMPUT SEMUA UNTUK SAMA- SAMA MEMANFAATKAN PELUANG INI...

Thursday, March 4, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Salam buat semua!
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah pun berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari yang lepas. Sekalung pengharagaan ditujukan kepada semu pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan majlis berjalan dengan sempurna. Terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG, ibubapa, para sponsor2, guru-guru dan semua pelajar! Tahniah kepada pelajar yang telah bertungkus lumus menyiapkan sepanduk dan menyertai perarakan dan yang membantu guru tanpa mengenal erti penat dan lelah..

Majlis bermula dengan perhimpunan pagi. Pelajar kemudiannya berkumpul di padang asrama untuk memulakan perarakan sekitar Jalan Lim Yew Leong dan Jalan Bunga Pekan sambil berselawat dengan penuh bersemangat. Sepanduk yang mewakili rumah sukan masing-masing dibawa bersama sepanjang perarakan. Selesai perarakan, kumpulan-kumpulan rumah sukan ini dinilai oleh juri professional dan kemudian semua hadirin masuk ke dewan. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan selawat, persembahan Tahfiz oleh Aiman Kamal, pelajar Ting 5, Syarahan Bahasa Arab dari Aliqa, pelajar Ting Satu dan Syarahan Tafsir dari Siti Dzulaiha, pelajar Ting Empat. Seterusnya Ceramah Maulidur Rasul. Ceramah dismpaikan oleh Ustaz Azlisham Azahar, seorang guru SMA di Simpang Renggam.

Antara yang menarik dalam ceramah beliau adalah peri pentingnya mencontohi Rasulullah dan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan atau role model, bukannya memakai acuan dari barat yang dibangga-banggakan remaja masakini.

Majlis diakhiri dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 kepada pelajar - pelajar yang berjaya dalam Peperiksaan SIB, SMRA, SMA dan PMR bagi tahun 2009. Moga ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha lebih gigih dalam memastikan kecemerlangan di masa - masa akan datang. Selesai ceramah, jemputan dijamu hidangan makan tengahari yang menyelerakan... Alhamdulillah...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010


Tuesday, February 23, 2010

PRA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Salam buat semua. Kehangatan sambutan Maulidur Rasul yang bakal diadakan Sabtu ini sudah mula dirasai. Pagi tadi, pengumuman tentang pertandingan sepanduk telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Mudah2 an semangat itu tidak luntur dan persaingan yang baik akan memeriahkan lagi sambutan Maulid pada tahun ini. Paling penting - tahu menghargai dan mahu mencontohi keperibadian junjungan mulia - Rasulullah(saw).

Thursday, February 11, 2010

BERAKHIRNYA IHTIFAL ILMIAH...

Salam buat semua. Akhirnya, setelah 'berkampung' selama dua hari untuk ihtifal Ilmiah- majlis penutupan telah dijalankan pad jam 12.30 tengahari tadi. Tahniah kepada pemenang. Pada yang tidak berjaya- jangan putus asa. Insyaallah akan ada peluang anda lagi di masa - masa akan datang. Tahniah kepada rumah Merah yang terlah menjuarai ihtifal Ilmiah dan dinobatkan sebagai Johan keseluruhan acara ihtifal untuk tahun ini.

IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH


hadiah yang menanti pemenang

IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH


johan tilawah Al Quran- saudara Abdullah

IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH

hazirah -syarahan bahasa melayu

IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH


orang kuat ko-ko! cik ekalily yang tak sempat duduk! well done, eka!